.

.

Wednesday, 20 June 2012

♥ Salam Sya'ban ♥


Assalamualaikum salam sya'ban akim ucap pada semua kawan-kawan, adik-beradik dan saudara seagama akim. sedar xsedar, masih tinggal 30 hari je lagi nak POSE PUASA. Huhu, korang semua dah ready ker nk sambut bulan penuh keampunan tu? Ada yang Plan untuk berniaga, balik Kg n macam2 lagi. Tapi bagi kisah hidup akim, Tahun ni Totally Akim berpuasa kat kuantan kot.. humm. nasibla. huhu,, (awalnye kuarkan post sal puasa ni) . Pape pun, Pada bulan sya'ban ni, kita semua hayatilah betul2, cari rahsia keindahan bulan ni. Akim harap si Dia yang jauh di sana pon gembira menyambut bulan sebelum Ramadhan ni. ok la... sampai sini je kot post 'Salam Sya'ban' nie.. take care, salam Ukhuwah, Syukran jazilan bgi yang sudi jenguk Blog Akim ni. Assalamualaikum 


~sOuL

Tuesday, 19 June 2012

♥ Tentang Rasa ♥



 Allah benar akan janjinya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segalanya. Yang membebankan tidak bermakna kesusahan. Allah tarik balik sedikit sahaja daripada kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Itu tidak mustahil. Kerana Allah bersama orang yang sabar. Kerana hanya Iman yang akan meredhakan setiap yang berlaku. Walau apa pun yang terjadi, pastikan Allah yang disebut, daripada Dia ujian ini datang, daripada Dia juga jalan penyelesaian akan datang. Ketika aku lelah dan tidak berdaya seperti usaha yang sia, Allah tahu betapa keras aku sudah berusaha. Ketika aku fikir bahawa sudah berusaha dan tidak tahu hendak buat apa lagi. Allah ada jawapannya. Ketika aku menangis sekian lama dan hati masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung air mata aku. Ketika aku merasa sendirian dan sahabatku terlalu sibuk. Allah sentiasa berada di sampingku. Ulama' sufi pernah menyebut, "Makhluk yang meminta pertolongan kepada makhluk samalah seperti banduan yang terpenjara meminta bantuan daripada banduan yang juga terpenjara 


    Mencintai seseorang itu adalah hak kita . Namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan yang sah dan halal bukan hak kita . Lepaskan ia pergi . Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki . Dia pasti akan datang kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dgn yang jauh lebih baik . Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang bukan hak kita 

♥ Episod Terindah ♥


   Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.
    Setiap Orang mesti ada kenangan masing2 kan? huhu.. Akim pon ade kenangan yg tersendiri dalam Episod Hidup akim ni, Especially kenangan Bercinta... Ceeewahh,, (tangkap Jiwang).
Episod YANG PALING Terindah hidup Akim adalah sewaktu dengan sidia. Grrrr... (..............................) Akim rasa xperlu kot nak post Kisah kenangan tu kat sini, nnty Kawan2 ckp mengada plak.. hahaha.. . Lau ada masa, next Time akim kOngSi kisah tu lam diary Akim nie,, ok la... dah maghrib... Solat dulu.. Nnty xpasal2 terbakar  rosak lak laptop ni. lak. hahaha.. See ya ...




- Sometimes, the people who are thousands of miles away from you, can make you feel better than people right beside you. -

Monday, 18 June 2012

semalam yang hangat




   Semalam,,, Sekali lagi hati aku dipanah oleh sesuatu yg pernah hadir dalam hidupku suatu masa dulu, Luaran bibir tersenyum tapi dalam siapa yang tahu. Kerinduan terawat dek senyuman manis yg mekar disebalik kesedihan cintamu. Kuharap kau kan terus gembira dan terus bahagia sehingga akhir hayat. 
Yang tersenyum

-sOuL



Saturday, 16 June 2012

wHITELISt

~ ORANG YANG SAYA SAYANG ~








Blog Yang Kedua =)

mysoulheartforever.blogspot.com ni adalah Blog akim yg kedua. Blog yg pertama akim created suatu masa dulu khas utk akim dgn si Dia (xgf) . Tapi dah Deactived ... (Blog yg jiwang karat n penuh dgn memori) tu sudah berjaya dilupuskan tanpa sebarang sangsian dan penyesalan..haha.. Pape pon, Hidup tetap diteruskan dgn Live yg baru n Blog Yg BARU..
-SoUL
~ Assalam .. Salam kasih dan sayang buat kawan-kawan yang singgah di blog sy ni.
Hakim Nama di beri,
Orangnya Baik hati,
Hati sudah berpunya,
So jangan nak cuba-cuba .... ; )
Taking Care <3 ~