.

.

Tuesday, 19 June 2012

♥ Tentang Rasa ♥



 Allah benar akan janjinya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segalanya. Yang membebankan tidak bermakna kesusahan. Allah tarik balik sedikit sahaja daripada kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Itu tidak mustahil. Kerana Allah bersama orang yang sabar. Kerana hanya Iman yang akan meredhakan setiap yang berlaku. Walau apa pun yang terjadi, pastikan Allah yang disebut, daripada Dia ujian ini datang, daripada Dia juga jalan penyelesaian akan datang. Ketika aku lelah dan tidak berdaya seperti usaha yang sia, Allah tahu betapa keras aku sudah berusaha. Ketika aku fikir bahawa sudah berusaha dan tidak tahu hendak buat apa lagi. Allah ada jawapannya. Ketika aku menangis sekian lama dan hati masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung air mata aku. Ketika aku merasa sendirian dan sahabatku terlalu sibuk. Allah sentiasa berada di sampingku. Ulama' sufi pernah menyebut, "Makhluk yang meminta pertolongan kepada makhluk samalah seperti banduan yang terpenjara meminta bantuan daripada banduan yang juga terpenjara 


    Mencintai seseorang itu adalah hak kita . Namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan yang sah dan halal bukan hak kita . Lepaskan ia pergi . Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki . Dia pasti akan datang kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dgn yang jauh lebih baik . Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang bukan hak kita 

No comments:

Post a Comment