Salam semua yang masih sudi men'readers' Blog Akiem nie. Akim ada sesuatu yang nak dikongsikan pada kawan2 semua. Hal ini berkaitan dengan diri akim sendiri. Pasal ###JODOH###. Bagi akim, Jodoh pilihan sendiri lebih baik daripada jodoh pilihan keluarga. kan? T_T...
Mengapa Jodoh pilihan sendiri lebih baik?
#. Jika jodoh kita adalah dari pilihan kita sendiri pastinya kita lebih mengenali hati budi pasangan. Mudah untuk kita menyesuaikan diri apabila bernikah kelak kerana telah tau perangai dan apa saja yang dia suka atau tidak. Lebih serasi dan mudah mesra.
#. Dapat memanjangkan silaturrahim antara dua keluarga. Jika saling tidak kenal antara dua keluarga inilah masanya untuk berkenal-kenalan dan berukhwah antara satu sama lain. Memanjangkan silaturrahim adalah perkara yang dituntut dalam Islam.
#. Setia keakhir hayat dapat kita tunjukkan kepada keluarga walau kita tidak mengenali keluarga pasangan sebelum berkahwin. Ini mmebuktikan bahawa cinta setia mampu kekal bahagia selamanya. (lebih-lebih lagi bila dah bercinta selama 7 tahun)
Tiap pilihan ada pro dan kontranya. Apa pun walau kita berkahwin dengan pilihan hati sebaik mungkin dapatkanlah restu dari ibu ayah bagi erti kebahagiaan kepada kita dalam melayari kebahagiaan dalam berumah tangga. Andai menerima pilihan keluarga pula berlapang dadalah menerima pasangan yang mungkin langsung kita tidak kenali sebelum ini. Terimalah dia sebaik mungkin dan kenalilah dia dengan seikhlas hati. Bercinta selepas kahwin pasti ada indahnya. Mengenali dan menyintai dalam masa yang sama dengan cinta yang halal adalah suatu perkara yang sangat indah…insyaAllah.

No comments:
Post a Comment